suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 80 tetamu kenduri kahwin keracunan makanan, hidangan ‘dessert’ popular jadi punca

Pelbagai pencuci mulut biasanya akan dihidangkan sewaktu kenduri. -Gambar hiasan AI

LEBIH 80 tetamu yang menghadiri sebuah kenduri kahwin pada Rabu lalu dikejarkan ke hospital selepas mengalami keracunan makanan.

Majlis yang diadakan di daerah Sehore, Madhya Pradesh, India itu dihadiri kira-kira 200 tetamu.

Menurut Ketua Pegawai Perubatan Daerah Sehore, Dr Sudhir Dehariya, kesemua mangsa yang dirawat sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Seramai 80 pesakit dimasukkan ke hospital dengan simptom sakit perut, cirit-birit dan muntah,” kata Dr Dehariya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut lepas makan ‘dessert’ coklat di hospital

Berdasarkan siasatan, kebanyakan mangsa mendakwa mereka mula mengalami sakit perut selepas menikmati pencuci mulut gulab jamun.

Ia merupakan manisan tradisional popular berbentuk bulat, diperbuat daripada susu pekat dan tepung.

Selepas digoreng, ia direndam dalam sirap gula berperisa dan sering dihidangkan di majlis kenduri kahwin serta perayaan.

Pihak berkuasa kesihatan sudah mengambil sampel makanan tersebut untuk dianalisis di makmal bagi mengenal pasti punca sebenar. -Agensi.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia