suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai betul ‘kacau daun’! Detik romantik pasangan pengantin baharu terganggu, satu keluarga datang rumah buat kecoh

Pasangan pengantin terkejut apabila mendapati rumah mereka dipenuhi ahli keluarga.

SUASANA yang sepatutnya menjadi detik romantis buat pasangan pengantin baharu, tiba-tiba bertukar kecoh apabila hampir seluruh ahli keluarga hadir ke rumah mereka sejurus majlis perkahwinan selesai. 

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, pasangan pengantin itu dilihat sedang menunggu memasuki rumah bagi menikmati masa berdua selepas majlis berlangsung.

Namun, situasi bertukar kecoh apabila kediaman mereka tiba-tiba dipenuhi ahli keluarga yang datang tanpa diundang.

Keadaan tersebut sekali gus menjejaskan emosi pengantin lelaki.

Rakaman momen tersebut pantas meraih perhatian warga maya dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan pandangan masing-masing di ruangan komen, termasuk ada menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak menghormati privasi pasangan pengantin.

“Saya sumpah akan halau mereka keluar. Itu mesti keluarga sebelah pengantin perempuan.

“Sabar itu kunci kehidupan," demikian reaksi netizen.

Tidak kurang juga yang menyifatkan situasi berkenaan sebagai keterlaluan. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia