PESERTA Miss Grand Thailand, Kamolwan Chanago berdepan momen memalukan apabila veneer giginya tercabut secara tiba-tiba ketika sedang menyampaikan ucapan pembukaan di pentas pertandingan ratu cantik itu.Tidak panik dengan apa yang terjadi, Kamolwan berpaling seketika ke belakang bagi membetulkan kedudukan veneer berkenaan sebelum kembali menghadap penonton. Tindakannya itu mendapat sorakan gemuruh daripada penonton yang kagum dengan keberanian serta profesionalismenya berdepan hal seperti itu.Didorong dengan sokongan tersebut, Kamolwan kemudian tampil penuh yakin meneruskan rutin (persembahan) sehingga selesai.Malah, Kamolwan sempat menggayakan 'pose' dalam gaun berkilauan sambil melemparkan senyuman kepada kamera.Kamolwan tetap terus berjalan menuju hadapan pentas lalu menggayakan pose selepas insiden berkenaan.Video kejadian berkenaan tular di media sosial [Tonton Video] dengan ramai memuji sikap tenang yang ditunjukkan peserta itu.Difahamkan, insiden terjadi ketika pusingan awal penilaian, manakala pemenang keseluruhan akan diumumkan pada Sabtu.Juara bakal mewakili Thailand ke pertandingan Miss Grand International 2026 yang dijadual berlangsung di India.Untuk makluman, veneer gigi ialah cangkerang nipis yang biasanya diperbuat daripada porselin atau resin komposit.Ia dilekatkan pada permukaan hadapan gigi bagi menutup ketidaksempurnaan untuk menghasilkan senyuman lebih estetik. -Agensi