MISTERI bau busuk dari bumbung sebuah masjid akhirnya terjawab dengan penemuan mayat dua lelaki.Si mati yang dikenali sebagai Iwan dan Bambang dilaporkan hilang beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Mayat mereka ditemukan dalam keadaan sudah mereput di bahagian bumbung tingkat tiga, berhampiran kawasan kubah.ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu lori disangka sedang tidur, rupanya sudah kaku tak bernyawa... Sempat mengadu sakit perut sebelum keluar bekerjaPenemuan itu terbongkar selepas seorang penjaga masjid terhidu bau busuk, selain menemui kehadiran ulat yang jatuh dari bumbung.Difahamkan, kedua-dua mangsa naik ke kawasan bumbung sebelum dilaporkan hilang, namun tujuan sebenar mereka ke lokasi itu masih belum dapat dipastikan.Sehingga kini, punca sebenar kematian masih dalam siasatan pihak berkuasa, namun terdapat kemungkinan ia berpunca daripada renjatan elektrik.Kejadian itu berlaku di sebuah kampung di Brebes, Jawa Tengah, Indonesia. -Agensi