suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita suntik anak dengan insulin, nekad akhiri nyawa mangsa... Remaja bertuah hanya alami hipoglisemia ringan

Seorang wanita ditahan selepas cuba menyuntik insulin kepada anak lelakinya. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita bertindak di luar kewarasan apabila cuba membunuh anak lelakinya sendiri dengan menyuntik cecair insulin ketika mangsa sedang tidur.

Berdasarkan laporan, suspek berusia 51 tahun dikenali sebagai Naomi Adachi menyuntik cecair itu ke badan anaknya yang berusia 18 tahun.

Perbuatan tersebut dilakukan antara pukul 5 hingga 6 pagi pada Selasa lalu di kediaman mereka di Sapporo, Jepun.

Menurut polis, remaja lelaki yang merupakan pelajar sekolah menengah itu bagaimanapun bernasib baik apabila dia terjaga sebelum bertindak melawan ibunya.

Suami suspek kemudiannya menghubungi talian kecemasan 110 selepas mendakwa isterinya bertindak agresif.

Mangsa dilaporkan mengalami simptom hipoglisemia ringan akibat suntukan tersebut namun keadaannya tidak mengancam nyawa.

Siasatan awal mendapati wanita berkenaan mengaku melakukan perbuatan itu dan memang berniat untuk mengakhiri nyawa anaknya dengan suntikan insulin. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia