SEORANG lelaki berusia lingkungan 20-an disiasat polis selepas dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang pelancong wanita warga Hungary yang dikenalinya menerusi aplikasi sembang dalam talian.Kejadian dilaporkan berlaku di Incheon, Korea Selatan pada Isnin lalu. Berdasarkan laporan, Balai Polis Yeonsu, Incheon melancarkan siasatan susulan laporan kecemasan yang dibuat mangsa.Ia berikutan, mangsa mendakwa dia diserang secara seksual selain perbuatan itu dirakam tanpa kerelaannya.Susulan itu, suspek berjaya ditahan di lokasi kejadian, dan pihak berkuasa turut menemukan bukti rakaman dipercayai berkaitan insiden berkenaan.Difahamkan, suspek dan mangsa berkenalan melalui sebuah aplikasi sembang sebelum bertemu secara bersemuka.Bagaimanapun, lelaki terbabit menafikan dakwaan melakukan serangan seksual terhadap wanita berkenaan sebaliknya hubungan seks itu dilakukan secara persetujuan bersama.Dalam pada itu, polis memaklumkan suspek telah dibebaskan selepas sesi soal siasat awal dijalankan, namun akan dipanggil semula bagi membantu siasatan lanjut. -Agensi