suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakam video lucah dengan pelajar universiti makan diri, polis ditahan sebar di Telegram

Menyebarkan rakaman video lucah adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

 

SEBUAH video lucah yang didakwa melibatkan seorang anggota polis dan pelajar universiti, tular di media sosial sehingga mencetuskan perhatian ramai.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Rote Ndao, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, 

Berdasarkan laporan, anggota berkenaan dikenali sebagai Brigadier Kedua (Bripda) FCL, manakala wanita yang turut dikaitkan dalam video tersebut ialah seorang penuntut sebuah universiti di Bandar Kupang.

Ketua Seksyen Profesional dan Keselamatan (Propam) Jabatan Polis Rote Ndao, Inspektor Pertama (Iptu) I Gede Parwata berkata, pihaknya sudah memanggil anggota terbabit bagi memberikan penjelasan berhubung rakaman yang tersebar.

"Hasil siasatan awal mendapati FCL mengakui penglibatannya dalam video tersebut," katanya pada Rabu.

Parwata menjelaskan, video itu dipercayai dirakam oleh individu terbabit sebelum disebarkan dalam sebuah kumpulan Telegram dikenali sebagai 'Brankas Viral Kupang'.

Susulan kes berkenaan, anggota polis terbabit kini ditempatkan di sel tahanan khas bagi tujuan prosiding undang-undang serta siasatan lanjut.

Pihak polis memaklumkan siasatan masih diteruskan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati berlaku pelanggaran kod etika atau mana-mana peruntukan undang-undang. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia