suria

Staf pembersihan jumpa mayat bayi dalam tandas pusat beli-belah, wanita baru bersalin ditahan ketika cuba larikan diri

Seorang wanita meninggalkan mayat bayinya di dalam tandas sebuah pusat membeli-belah.

SEORANG wanita ditahan polis selepas penemuan mayat bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah sebuah pusat beli-belah.

Menurut pihak berkuasa, seorang pekerja pembersihan sedang mengutip sampah sebelum dia menyedari kehadiran satu beg plastik hitam yang diisi dengan mayat bayi.

Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 20 Mac lalu mendapati seorang wanita warga asing bergegas keluar dari tandas dalam keadaan mencurigakan.

Polis Thailand kemudian berjaya mengesan dan menahan wanita itu di Krung Thep Apiwat Central Terminal. 

Wanita itu dikenal pasti sebagai Jovelyn Canino Cardienete, 25, yang berasal dari Filipina. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi ditemukan di belakang rumah... Kegiatan sumbang mahram remaja 16 tahun, adik lelaki terbongkar

Wanita itu kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum doktor mengesahkan dia baru sahaja melahirkan anak.

Wanita itu juga memerlukan rawatan segera termasuk suntikan serta jahitan.

Polis kini sedang menunggu keputusan ujian makmal untuk membuktikan pertalian antara suspek dan bayi itu.

Sekiranya disahkan sebagai ibu kepada bayi itu, dia boleh berdepan tindakan di bawah undang-undang jenayah Thailand atas kesalahan mengendalikan mayat secara tidak sah.

Jika didapati bersalah, suspek boleh dipenjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya sekali. -Agensi

Artikel Lain