suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi ditemukan di belakang rumah... Kegiatan sumbang mahram remaja 16 tahun, adik lelaki terbongkar

Bayi yang ditemui di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Besut, pada Ahad.

PENEMUAN seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Besut, Terengganu membongkar perbuatan sumbang mahram remaja perempuan berusia 16 tahun dengan adiknya sendiri.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh, hasil siasatan mendapati, bayi lelaki yang dilahirkan secara rahsia itu ditinggalkan sejurus dilahirkan, sebelum ditemui penghuni rumah berkenaan. 

Susulan itu, polis telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 14 tahun sehingga tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan berkaitan dengan kesalahan membuang bayi, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

​"Siasatan turut dijalankan bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana perbuatan sumbang mahram, iaitu hubungan seks oleh individu yang tidak dibenarkan berkahwin oleh hukum agama.

"Seksyen ini membawa hukuman penjara yang sangat berat, iaitu tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta sebatan," ujarnya.

Beliau turut meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat palsu atau tidak benar berhubung kes tersebut.

 

Artikel Lain