suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada hati perut, lelaki ditahan pukul pelajar madrasah guna topi keledar

Tangkap layar video kejadian yang tular di media sosial.

SEORANG lelaki ditahan bagi membantu siasatan susulan video tular memaparkan sekumpulan pelajar madrasah di Kota Kinabalu, Sabah yang dipukul menggunakan topi keledar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut selepas rakaman kejadian tular di media sosial.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 11.55 malam, Ahad, di sebuah premis perniagaan di Kota Kinabalu.

"Bertindak atas maklumat yang diterima, pihak polis membuat tangkapan terhadap seorang lelaki tempatan berusia lewat 30-an bagi membantu siasatan," demikian menurut kenyataan.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, warga maya meluahkan rasa berang selepas tular video kejadian itu di media sosial.

Video berdurasi lebih empat minit itu menunjukkan pelaku memukul sekumpulan pelajar di hadapan sebuah premis perniagaan.

Selain kekerasan fizikal, pelaku juga dilihat menggunakan topi keledar untuk memukul kumpulan pelajar berkenaan.

Artikel Lain