PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman khas berkaitan Kabinet Kerajaan Madani pada pukul 3.30 petang Selasa.
"Insya-Allah petang ini saya akan membuat pengumuman khas terkait Kabinet Kerajaan Madani.
"Kerajaan Madani akan terus memberi keutamaan untuk memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar demi kesejahteraan rakyat dan negara," kongisnya menerusi hantaran di Facebook, Selasa.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun dilapor telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara pagi Selasa, dipercayai berhubung rombakan Kabinet.


