suria

Dr Mohammed Taufiq terajui KBS, Hannah Yeoh ambil portfolio Dr Zaliha di Wilayah Persekutuan

Anwar membuat pengumuman khas mengenai barisan Kabinet Kerajaan Madani, pada Selasa.

AHLI Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, menggantikan Hannah Yeoh, dalam Kabinet Madani yang baharu diumumkan, petang Selasa.

Dalam pengumuman pertukaran kabinet yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut, dilantik menerajui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Susulan itu, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa yang sebelum ini di portfolio berkenaan digugurkan daripada Kabinet baharu Anwar.

Turut gugur daripada Kabinet ialah Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (Hal Ehwal Agama) dan Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy.

Berikut merupakan senarai lantikan baharu Kabinet Madani:  

1) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah) - Hannah Yeoh

Timbalan - Lo Su Fui 

2) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) - Datuk Ts Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud

3) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr Zulkifli Hasan

Timbalan - Marhamah Rosli 

4) Mentari Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Timbalan - Sim Tze Tzin

5) Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi - Steven Sim Chee Keong

Timbalan - Mohamad Al-Amin

6) Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Timbalan - Datuk Shahar Abdullah 

7) Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup 

Timbalan - Syed Ibrahim Syed Noh 

8) Menteri Perladagan dan Komoditi - Datuk Seri Noraini Ahmad

Timbalan - Datuk Seri Huang Tiong Sii

9) Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan 

Timbalan - Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan

10) Menteri Belia dan Sukan - Dr Mohammed Taufiq Johari 

Timbalan - Mordi Bimol 

 

Timbalan Menteri Kesihatan - Hanifah Hajar Taib

Timbalan Menteri Kewangan - Liew Chin Tong 

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Abdul Rahman  Mohamad

Timbalan Menteri Keterjaminan Makanan- Chan Foong Hin

Timbalan Menteri Luar - Lukanisman Awang Sauni

Timbalan Menteri, Keluarga dan Masyarakat - Lim Hui Ying

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Adam Adli Abdul Halim

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Chiew Choon Man

Timbalan Menteri Perpaduan - Yuneswaran Ramaraj

Upacara angkat sumpah akan diadakan pada pukul 10 pagi, Rabu (esok) di Istana Negara. 

Artikel Lain