suria

Bangun tidur dalam keadaan tiada seutas benang di badan, gadis ‘backpacker’ terkejut ditindih lelaki dalam van

Wanita yang mengembara secara solo berisiko menjadi sasaran penjenayah. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun enam bulan selepas didapati bersalah merogol pelancong wanita.

Menurut keterangan kes, Allen Roberts melakukan kesalahan itu di Pantai Belongil, Byron Bay, Australia, pada Januari tahun 2020.

Namun, kes itu mengambil masa yang lama dan Roberts hanya ditahan pada November 2023 selepas polis mengesan padanan DNA miliknya.

Sewaktu kejadian, mangsa yang juga seorang 'backpacker' dari Kanada baru sahaja berusia 20 tahun.

Berdasarkan keterangan, mangsa pada mulanya keluar bersama rakan-rakannya sebelum berpisah seketika untuk menghubungi kekasihnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas imam berdepan 21 pertuduhan rogol wanita, kanak-kanak... Perdaya mangsa dakwa ada kuasa sakti rawat ilmu hitam

Mangsa kemudiannya tersesat di kawasan pantai yang gelap gelita selepas telefonnya kehabisan bateri.

Dalam usaha mendapatkan bantuan, dia menemui sebuah kawasan parkir dan ternampak dua lelaki berhampiran unggun api.

Mangsa yang berada dalam keadaan mabuk dilaporkan menangis dan meminta bantuan sebelum diarahkan untuk kekal di situ.

Namun, mangsa kemudian mendakwa dia hanya tersedar dalam keadaan bogel di dalam sebuah van dengan Roberts berada di atasnya. -Agensi

Artikel Lain