suria

Tak boleh terima hakikat putus cinta, lelaki simbah air panas dan belasah bekas teman wanita guna kuali

Keganasan dalam percintaan boleh meninggalkan kesan trauma kepada mangsa. -Gambar hiasan AI

ENGGAN menerima hakikat hubungan cinta sudah berakhir, seorang lelaki bertindak menyimbah air panas serta memukul bekas teman wanitanya menggunakan kuali.

Tindakan keganasan itu berlaku ketika kedua-dua mereka bertengkar selepas perbincangan untuk kembali bersama tidak berjaya.

Susulan itu suspek berusia 54 tahun ditahan polis atas dakwaan cubaan membunuh wanita berusia 49 tahun.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7.30 malam pada 21 Mac lalu di kediaman mangsa di Suminoe Ward, Osaka, Jepun. 

Menurut laporan, lelaki dikenali sebagai Koichi Sasaki didakwa menyerang mangsa dengan menyimbah air panas dari cerek, mencekik serta memukul menggunakan kuali.

Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan melecur pada bahagian leher.

Menurut polis, suspek tampil menyerah diri di pondok polis berhampiran.

"Saya memukul bekas teman wanita saya dengan teruk," ujar suspek.

Polis turut memaklumkan pihaknya sebelum ini pernah menerima aduan daripada kedua-dua individu berhubung masalah dalam hubungan mereka. -Agensi

Artikel Lain