suria

Bungkusan berisi dadah ditemukan dalam lokap kekal misteri, pihak berkuasa jalankan siasatan

Dadah dan bahan terlarang dihalang dibawa masuk ke dalam lokap. -Gambar hiasan AI

PIHAK berkuasa menjalankan siasatan selepas satu bungkusan dipercayai mengandungi dadah ditemukan secara misteri di dalam lokap sebuah balai polis.

Kejadian dilaporkan berlaku di Ilsan, wilayah Gyeonggi, Korea Selatan.

Menurut kenyataan kepada media, bungkusan kecil mengandungi bahan terlarang itu ditemukan oleh seorang suspek yang sedang ditahan di lokap Balai Polis Ilsan Dongbu pada Jumaat lalu.

Suspek terbabit kemudian memaklumkan penemuan tersebut kepada pegawai bertugas.

Setakat ini, polis masih belum dapat memastikan bagaimana dadah berkenaan boleh berada di dalam sel tahanan memandangkan semua individu yang ditahan diwajibkan menjalani pemeriksaan badan sebelum dimasukkan ke lokap mengikut prosedur standard.

Susulan kejadian itu, pihak polis melancarkan pemeriksaan dalaman bagi meneliti sama ada prosedur keselamatan dipatuhi sepenuhnya serta mengenal pasti bagaimana bungkusan dadah tersebut boleh berada di dalam sel berkenaan. -Agensi

Artikel Lain