suria

Tergamak guna anjing sebagai ‘pengayuh’ basikal, warga emas terlepas tindakan undang-undang kerana faktor usia

Tangkap layar rakaman pada 16 Mac lalu yang tersebar di media sosial.

RAKAMAN memaparkan seorang lelaki yang menunggang sebuah basikal elektrik bersama seekor anjing mengundang kecaman ramai.

Menerusi rakaman itu, kelihatan seekor anjing jenis golden retriever diikat dan berlari di bawah tempat duduk bagi menggerakkan basikal tersebut.

Malah, anjing itu turut dipakaikan muncung penutup mulut, selain lelaki berkenaan dilihat memegang sebatang kayu yang dipercayai digunakan untuk memukulnya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di wilayah Jiangsu, China, pada 16 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri dera, kurung anak dalam sangkar anjing direman

Video berkenaan dirakam oleh seorang pengguna jalan raya sebelum dimuat naik ke media sosial sehingga tular.

Susulan itu, pihak berkuasa mengesan lelaki terbabit dan menahannya untuk tujuan pemeriksaan selepas didapati menggunakan kenderaan yang diubah suai secara tidak sah di atas jalan raya.

Bagaimanapun, dia hanya diberikan nasihat tanpa sebarang tindakan lanjut memandangkan statusnya sebagai warga emas.

Insiden tersebut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, malah ramai menyelar perbuatannya yang dianggap sebagai penderaan terhadap haiwan. -Agensi.

 

Artikel Lain