suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukannya nak larang! Ibu selamba bagi anak sedut vape, perbuatan tak bertanggungjawab dirakam CCTV

Aksi kanak-kanak perempuan tersebut dirakam CCTV.

SEORANG wanita berusia lingkungan 30-an disiasat pihak berkuasa selepas didakwa mengabaikan kebajikan anaknya dengan membenarkan kanak-kanak itu menghisap rokok elektronik.

Balai Polis Cheongwon di Korea Selatan pada Rabu memaklumkan wanita terbabit telah dikenakan tindakan tanpa penahanan di bawah Akta Kebajikan Kanak-Kanak susulan aduan dibuat sebuah pertubuhan masyarakat.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku pada 17 Mac lalu di sebuah jalan di Cheongju, wilayah Chungcheong Utara.

Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Berdasarkan rakaman tular, wanita berkenaan duduk di meja luar bersama tiga orang anaknya sebelum memberikan rokok elektronik kepada anak perempuan yang lebih tua selepas kanak-kanak itu menghulurkan tangan.

Kanak-kanak terbabit kemudian dilihat menyedut peranti tersebut dan menghembus wap ke arah adiknya yang dipercayai masih belum bersekolah, sementara si ibu tidak mengambil sebarang tindakan menghalang perbuatan itu.

Malah, wanita itu turut dilihat menawarkan rokok elektronik berkenaan kepada seorang lagi anaknya.

Pihak berkuasa memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menyemak sama ada wanita tersebut mempunyai sejarah masalah kesihatan mental selain meneliti secara terperinci kronologi kejadian. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia