suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita maut ditikam 107 kali, kesan tapak kasut pada lengan jadi petunjuk baharu

Kematian wanita yang ditikam itu berlaku di sebuah kediaman. -Foto WISN

SEORANG wanita yang ditemukan mati dengan kesan tikaman dipercayai telah meninggal dunia selama beberapa hari sebelum mayatnya dijumpai polis.

Susulan itu pihak berkuasa membuka kertas siasatan atas dakwaan bunuh selepas penemuan mayat wanita berusia 41 tahun itu pada 13 Mac lalu.

Kejadian melibatkan wanita dari Wisconsin itu dilaporkan berlaku di sebuah kediaman di Milwaukee, Amerika Syarikat.

Mangsa yang merupakan seorang ibu dikenal pasti sebagai Janie Pendleton.

Siasatan awal mendapati mangsa mengalami lebih 20 kesan tikaman di seluruh badan.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu yang dilaporkan pada Jumaat mendedahkan mangsa sebenarnya ditikam sebanyak 107.

Laporan sama turut menyatakan seorang detektif menemukan kesan corak kasut yang jelas pada lengan kanan mangsa berdasarkan afidavit siasatan.

Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa turut menggeledah kediaman seorang lelaki yang mengenali mangsa selepas dia didakwa memberi keterangan tidak konsisten kepada polis.

Namun setakat ini, lelaki berkenaan belum dikenal pasti sebagai suspek. -Agensi

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia