SEORANG bekas pekerja kilang ditahan polis selepas dipercayai mengejar dan menikam penyelianya hingga maut pada Isnin malam.Suspek berusia 40 tahun itu sebelum ini bekerja sebagai tukang kimpal di kilang pembuatan plastik selama hampir lapan tahun sebelum ditamatkan perkhidmatan baru-baru ini. Menurut polis, mangsa berusia 30 tahun, merupakan penyelia kilang yang beberapa kali membuat aduan terhadap suspek berkaitan masalah kehadiran tidak menentu.Selain, suspek kerap mengambil cuti tanpa kebenaran, yang akhirnya membawa kepada pemecatan lelaki berkenaan.Kejadian berlaku di Bengaluru, India.Seorang pegawai polis berkata, suspek dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut sebelum datang semula ke kilang dalam keadaan bersenjata.“Suspek dikenali sebagai Hanumantha tiba di kilang dengan membawa pisau, mengejar mangsa, Rahul dan menikamnya beberapa kali,” katanya.Berdasarkan laporan, suspek mengejar mangsa hingga ke kawasan pejabat sebelum menikamnya berulang kali di bahagian belakang badan, tangan dan kepala sehingga mengalami kecederaan parah.Pekerja lain cuba campur tangan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Victoria, namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia sebaik tiba di hospital. -Agensi