suria

[VIDEO] “Kita tak sentuh perempuan, kita tak sentuh lelaki” - Sajat

Sajat tidak kisah apa yang diperkatakan oleh netizen, niatnya hanya ingin beramal.

TERUS mempertahankan diri daripada tuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina, usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkata dia berpakaian seperti wanita pada acara bacaan Yasin dan solat hajat anjuran syarikatnya adalah bagi menghormati majlis.

Kata Sajjad atau atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, pada majlis yang diadakan 23 Februari 2018 itu dia hanya mengenakan baju kurung dan tudung tanpa mendedahkan bahagian tubuhnya yang sudah diubah seperti seorang wanita.

"Bukan saya tawarkan perkhidmatan seks dengan pakai baju kurung dan tudung. Apa yang memalukan apabila saya pakai macam tu?

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Perit... Sajat kongsi detik-detik pilu berpisah dengan anak, berazam bina perniagaan baharu di luar negara - “Sebelum lari saya peluk anak-anak bagi tahu saya terpaksa pergi”

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat muncul di 'IG Live' dakwa sudah berhijrah ke Australia

"Saya pakai macam tu untuk hormati majlis. Saya langsung tak pegang atau sentuh orang lain.

"Saya bersalaman dengan letak tangan di dada. Kita perempuan kan... kita tak sentuh perempuan kita tak sentuh lelaki," katanya menerusi sesi live di aplikasi TikTok pada Jumaat.

@mstarmalaysia

Sajat cerita situasi ketika anjur majlis amal pada 2018. ##mstarmalaysia ##mstar ##beritaditiktok

♬ original sound - mStar Official

Pada 18 Oktober lalu Sajat mendedahkan berjaya melarikan diri ke Australia selain menyatakan hasrat untuk terus menetap di negara berkenaan.

Untuk rekod pada 6 Januari lalu, Muhammad Sajjad dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 iaitu menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Sudah la saya buat charity, bukan sikit pakai duit... RM35,000 tapi hujung-hujung saya kena tangkap.

NUR SAJAT

USAHAWAN KOSMETIK

Terus mengulas mengenai isu sama, Sajat berkata dia tidak pernah menyangka niat baiknya untuk berbuat amal berakhir dengan kes mahkamah.

"Sudah la saya buat charity, bukan sikit pakai duit... RM35,000. Hujung-hujung saya kena tangkap. Kalau tahu jadi macam ni baik tak payah panggil.

"Kita pula letak (berkongsi) di Instagram nak tunjuk yang kita ni berniaga dan sambil (beramal) sebab dapat lebih (rezeki), rupa-rupanya disalah erti pula," katanya.

Dalam pada ketika menjawab komen netizen yang mempersoalkan niatnya dalam berbuat amal, Sajat berkata dia tidak kisah dengan pandangan orang.

WhatsApp Image 2021-10-29 at 6.13.17 PM

Paparan skrin perkongsian Sajat di Instagram pada majlis amal yang diadakan pada 2018.

"Suka hati saya nak menunjuk ke. Kalau anda rasa saya tak ikhlas, terpulang... suka hati anda. Itu apa yang anda rasa.

"Tapi bagi saya pula ia sebab nak tunjuk perkara positif. Bagi saya, saya ikhlas.

"Macam program TV tunjuk bagi sumbangan, itu apa? Ikhlas ke tak? Ahli politik tunjuk bagi bantuan tu, apa bezanya?" soal Sajat.

Sebagai peringatan, Islam melarang lelaki menyerupai perempuan dan begitulah sebaliknya kerana perbuatan itu dilaknat Allah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain