Tangkap layar daripada video tular tentang pemuda yang mengalunkan bacaan al-Fatihah dengan baik dan merdu.
SEORANG individu berkongsi satu pengalaman menakjubkan ketika berada di sebuah masjid yang disifatkan sebagai satu peringatan untuknya mengenai ibadah.Berkongsi cerita di laman Thread, pengguna akaun @muhammadfaiz91 berkata, situasi itu dialaminya ketika sedang mengambil wuduk di sebuah masjid bagi menunaikan solat Asar. "Aku menyaksikan satu kebesaran kuasa Allah, waktu ambil wuduk aku dengar orang baca al-Fatihah boleh dikatakan bunyinya merdu macam imam yang baca."Aku fikir dah lewat untuk solat Asar berjemaah, jadi aku cepat-cepat masuk ke dalam.Alunan surah al-Quran dalam solatnya didakwa merdu."Tapi apabila tengok dalam masjid, imam belum mula solat lagi... masih menunggu jemaah-jemaah yang lain," ujarnya yang terkejut dengan situasi itu.Pada masa itu bar dia menyedari bacaan tersebut [Tonton Video] rupanya datang daripada seorang jemaah lain yang sedang menunaikan solat secara bersendirian.Keadaan itu akhirnya menjentik hatinya tentang kebesaran Allah."Allah jemput satu insan terpilih untuk beribadah, apa yang buat aku kagum?ARTIKEL BERKAITAN: “Member-member dia masuk hentam aku... 14 lawan seorang bang, mana larat nak lawan” - Mael kurang waras tapi penyayang"Masa jemaah dah mula solat Asar, insan terpilih ni memperlahankan bunyi bacaannya sehinggalah imam habis solat dan habis baca doa."Lepas habis je baca doa, insan terpilih ni melaungkan azan sekuat-kuatnya," tambah lelaki itu lagi.Menurutnya, situasi yang berlaku itu membuatkan suasana masjid menjadi ceria dan semua jemaah tersenyum antara satu sama lain.Pada masa sama dia turut memuji laungan azan pemuda terbabit yang disifatkan sebagai merdu.Jemaah kongsi pengalaman solat Asar di masjid.Terdengar bacaan al-Fatihah merdu dari jemaah lain.Individu itu didakwa kurang waras, solat lebih lama.Lepas doa, dia melaungkan azan dengan suara merdu.Perkongsian jadi peringatan jangan ringan kewajipan solat.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah katanya, pemuda tersebut menunaikan solat lebih lama berbanding jemaah lain."Anda nak tahu dia solat berapa rakaat? Aku sendiri tak tahu dia solat berapa rakaat, yang pastinya lebih daripada empat."Sebelum orang lain solat, dia dah solat dulu... orang lain habis solat, dia masih lagi solat," ujarnya lagi.Bagi @muhammadfaiz91, dia difahamkan keadaan kesihatan lelaki yang diceritakannya itu pada dasarnya tidak menuntut untuk dia menunaikan solat.Antara reaksi warga maya.Namun katanya, individu terbabit masih dijemput untuk beribadah sekali gus mempersoalkan tentang tanggungjawab menunaikan ibadah dalam kalangan individu normal yang waras."Ikut pemahaman aku, orang macam tu dah tak perlu solat. Dugaan dia dekat dunia dah cukup besar, tapi Allah tetap jemput dia ke rumah Allah."Jadi kita yang insan biasa-biasa ni, takkan tak mampu nak solat empat rakaat?" ajunya mengingatkan diri sendiri dan orang ramai.Perkongsian yang turut mengandungi peringatan agar umat Islam tidak memandang ringan kewajipan solat itu mengundang pelbagai reaksi netizen.Tidak kurang juga yang berkongsikan surah bacaa pemudah tersebut selepas menonton video yang dikongsikan."Dia baca surah al-Bayyinah. Ayat 7 hingga 8 yang menceritakan tentang balasan dan kebesaran Allah."Walaupun dia mungkin lupa dengan dirinya sendiri tapi dia tetap ingat kepada Penciptanya," demikian reaksi netizen.