suria

Enak diulit mimpi dalam khemah, duda dicekup khalwat bersama anak dara - “Mereka hanya berendut”

Seorang lelaki berstatus duda dicekup khalwat dengan wanita berusia 40-an di rumahnya. -Gambar hiasan (kanan)

SEORANG duda dicekup bersama wanita berstatus bujang berusia 40-an kerana disyaki berkhalwat di dalam khemah yang dipasang di ruang tamu sebuah rumah kampung di Kluang, Johor.

Serbuan dilakukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sekitar pukul 3.30 pagi, awal pagi Rabu, selepas menerima maklumat awam.

"Jarak rumah ini dengan rumah lain sekitar 200 meter. Penguat kuasa cuba membuka pintu yang rupanya tak berkunci. Di ruang tamu ada sebuah khemah siap terpasang.

"Penguat kuasa memanggil namun tiada siapa menyahut. Dalam empat hingga lima minit kemudian, keluar dari khemah seorang lelaki berusia 40-an berpakaian seluar panjang dan baju.

"Penguat kuasa menyuluh ke dalam khemah, dan kemudian keluar seorang wanita yang berkain batik dan t-shirt," demikian kenyataan pada laman Facebook Lampu Suluh Banteras Maksiat JAINJ.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan tunang ditangkap khalwat di rumah, ambil kesempatan berasmara ketika ibu balik kampung

Hasil siasatan mendapati kedua-duanya bukan pasangan suami isteri.

"Mereka hanya berendut (pasangan kekasih) dan bukan suami isteri serta tiada hubungan mahram.

"Lelaki ini berumur 40-an, berstatus duda dan bekerja di Kluang. Wanita berumur 40-an, berstatus anak dara serta bekerja di Kluang.

"Rumah tersebut adalah rumah lelaki iaitu peninggalan ibu bapanya. Ia dalam proses ubah suai dan belum siap sepenuhnya.

"Wanita ini biasa datang dan terus tidur di rumah lelaki sebelum ini berdasarkan maklumat pengadu. Pasangan ini berkata mereka juga berhasrat untuk menikah," menurut perkongsian itu lagi,

Pasangan berkenaan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor sebelum dibawa ke balai polis bagi tindakan lanjut.

Artikel Lain