ANDAIAN bahawa tempoh sehari di Bumi yang kini berjumlah 24 jam boleh berubah mungkin kedengaran luar biasa, namun para saintis mengesahkan perubahan itu sebenarnya sedang berlaku secara perlahan.Putaran Bumi memang semakin perlahan bermakna tempoh sehari akan menjadi semakin panjang namun ia bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan buat masa terdekat. Hakikatnya, proses ini berlaku dengan amat perlahan dan tidak dapat dirasai dalam kehidupan seharian manusia. Perubahan ini memerlukan ratusan juta tahun dan tidak memberi kesan kepada jam atau kalendar yang kita gunakan hari ini.Putaran Bumi yang semakin perlahan bermakna 24 jam sehari akhirnya akan digantikan dengan 25 jam, namun ia dijangka hanya berlaku dalam tempoh kira-kira 200 juta tahun lagi. Fenomena ini berlaku akibat geseran (tarikan graviti) pasang surut daripada Bulan yang memanjangkan tempoh sehari sekitar 1.7 milisaat setiap abad.Walaupun secara keseluruhan putaran Bumi semakin perlahan, dalam tempoh tertentu ia boleh jadi sedikit lebih laju atau lebih perlahan.Perubahan kecil ini berlaku akibat cuaca, pergerakan angin serta pencairan ais di kutub yang mengubah agihan berat Bumi.Antara faktor utama yang menyumbang kepada perubahan ini ialah:Pasang surut BulanTarikan graviti Bulan terhadap lautan Bumi menyebabkan geseran, yang memperlahankan putaran Bumi sambil secara beransur-ansur menolak Bulan semakin jauh dari Bumi.Pergerakan teras dan mantel BumiPergerakan besi cair di teras luar serta perubahan pada lapisan mantel mengubah pengagihan jisim Bumi, seterusnya memberi kesan kecil kepada putarannya.Tempoh masa Bumi berputar memberi kesan pada ritma sirkadian pada tubuh manusia.Glasier dan paras lautPencairan atau pengumpulan ais mengubah taburan berat antara daratan dan lautan, sekali gus mempengaruhi kelajuan putaran Bumi.Atmosfera dan anginCorak angin berskala besar dan sistem iklim memindahkan momentum sudut antara atmosfera dan permukaan Bumi, yang turut mempengaruhi kelajuan putaran.Semua faktor ini terkumpul selama berbilion tahun dan menyebabkan hari di Bumi menjadi semakin panjang. Malah, pada zaman dinosaur, tempoh sehari dianggarkan hanya sekitar 23 jam bagi setiap hari.Kesan hari 25 jam terhadap manusiaJika tempoh sehari tiba-tiba menjadi 25 jam, manusia perlu menilai semula keseluruhan sistem pengukuran masa kerana ia juga akan mengganggu jam biologi dalaman tubuh.Tubuh manusia dan hampir semua hidupan hidup mengikut ritma sirkadian 24 jam (jam biologi semula jadi dalam badan manusia) yang mengawal pola tidur, pengeluaran hormon dan pelbagai fungsi penting lain.Ritma ini berevolusi untuk selari dengan kitaran 24 jam, maka sebarang perubahan pada tempoh sehari boleh menyebabkan sistem biologi menjadi tidak seimbang.Kajian menunjukkan gangguan seperti kerja syif malam, jet lag atau corak tidur tidak konsisten boleh mengacau jam biologi, sekali gus meningkatkan risiko masalah metabolik, gangguan emosi dan penyakit berkaitan jantung. Jika tempoh sehari Bumi benar-benar menjadi lebih panjang, hidupan di planet ini berkemungkinan akan menyesuaikan diri melalui perubahan evolusi secara berperingkat.Bagaimanapun, proses penyesuaian itu akan berlaku secara perlahan dan mencabar. -Agensi