Setiap pawagam mempunyai house seat atau backup seat yang mempunyai fungsi tertentu. -Gambar hiasan (kiri)
RAMAI pengunjung pawagam tertanya-tanya mengapa kerusi yang dilihat bertanda 'X' iaitu sudah ditempah di dalam sistem tempahan kekal kosong ketika filem ditayangkan.Keadaan itu menimbulkan ketakutan terutama bagi pengunjung yang menonton filem seram atau tayangan malam apabila mendapati mereka bersendirian walaupun aplikasi tiket menunjukkan beberapa kerusi lain sudah ditempah. "Sesiapa yang kerja pawagam boleh terangkan kenapa setiap dewan tayangan mesti ada dua kerusi yang dah ditempah?"Tapi apabila tayangan bermula, kerusi tu tiada siapa pun duduk," soal seorang pengguna Threads.Pihak pawagam menyediakan kerusi simpanan untuk hal kecemasan. -Gambar hiasanSituasi itu menyebabkan ada dalam kalangan penonton menyangka kerusi berkenaan berhantu."Tengok-tengok kita seorang je dalam tu... dah la tengok cerita hantu Thai. Masa nak tempah saya tengok ada dua kerusi kena tempah dah."Sampai habis cerita tiada orang duduk kerusi tu. Berhantu ke?," komen netizen.Persoalan itu terjawab apabila beberapa pawagam menjelaskan bahawa kerusi-kerusi itu dipanggil house seat atau backup seat yang mempunyai fungsi tertentu."Kami panggil house seat atau backup seat. Kegunaannya untuk ganti kerusi penonton yang rosak dan tak boleh dibaiki serta merta."Untuk dewan yang mempunyai kerusi berkapasiti lebih daripada 200 akan ada empat house seat atau backup seat ni."Manakala yang bawah 200 hanya ada dua kerusi sahaja. Harap penerangan ini membantu," katanya.