suria

Rawatan kesuburan gagal, Elizabeth Tan sedia buat IVF untuk timang cahaya mata

SELEPAS dua kali gagal menjalani rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI), penyanyi Elizabeth Tan merancang untuk menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) pada pertengahan tahun 2026 bagi merealisasikan impian menimang cahaya mata.

Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 33, mengakui berasa sedikit kecewa apabila hasrat untuk hamil pada tahun 2025 tidak kesampaian, namun tetap bertekad untuk terus mencuba.

“Agak kecewa sikit sebab saya ingat tahun ini boleh mengandung tapi masih belum ada rezeki anak. Dua tahun saya cuba, tapi gagal. Tidak mengapa, kena tunggu tahun 2026 la.

“Saya lakukan ntrauterine Insemination (IUI) selama dua kali tetapi masih belum ada hasil lagi, jadi saya dan suami berbincang sekiranya bulan Jun ini belum berjaya juga maka akan terus lakukan rawatan IVF.

“Saya anggap mungkin bukan rancangan tuhan buat saya ada anak lagi sebab mungkin bila ada nanti sukar untuk kami bekerja nanti,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi