PENYANYI Adira menyeru golongan wanita agar tidak bergantung sepenuhnya kepada pasangan, khususnya dalam soal kewangan.
Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 32, setiap wanita perlu mempunyai kerjaya serta simpanan sendiri sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berdepan situasi tidak diduga pada masa depan.
“Walaupun ada suami dan tidak kisah la bertanggungjawab atau tidak tetapi kena ada satu pemikiran yang kena ada duit sendiri sebab tidak tahu apa akan jadi pada masa depan.
“Tak mahu perkara yang kita tidak mahu itu terjadi. Kalau wanita yang bekerjaya kena tinggal dengan pasangan tidak akan rasa terduduk sebab ada simpanan duit sendiri.
“Bukan nak tunjuk kuasa atau berlagak tetapi sekadar berjaga-jaga malah sebagai isteri kena tahu batas untuk bantu suami itu,”katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































