suria

Saiful Apek sedih niat tidak kesampaian, trofi ABP belum diserahkan kepada waris Hamdan Senario

PELAWAK dan pelakon, Saiful Apek, meluahkan rasa kecewa kerana trofi kemenangan kumpulan Senario di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36, masih belum diserahkan kepada waris arwah Hamdan Senario.

Menurut Saiful atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, niatnya mahu menyerahkan trofi tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap arwah.

“Nak serahkan trofi itu memang niat saya secara spontan apabila memberitahu anggota Senario lain untuk hadiahkan trofi itu kepada waris arwah Hamdan dan ketika itu semua cakap setuju.

“Trofi itu kami buat pusingan untuk semua orang jadi kesemua ahli senario akan merasai piala itu, tapi sehingga sekarang saya rasa macam tidak tahu sampai atau tidak trofi itu kepada keluarga arwah Hamdan.

“Saya pun tidak pasti trofi itu berada dengan siapa malah sudah lebih tiga kali bertanya tetapi masih tidak tahu di mana trofi itu… Bukan apa sebab ini adalah amanah, jadi saya rasa macam kena tanggungjawab dengan apa yang saya usulkan ini,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod kumpulan Senario telah memenangi trofi Artis Komedi Popular di ABPBH36 pada Oktober 2024.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi