TULAR hos siaran langsung sebuah jenama pakaian, personaliti media sosial dikenali sebagai Maxximus Towle kini melebarkan sayap ke dalam industri lakonan.
Kata Maxximus atau lebih mesra disapa Maxx, 24, dia berasa gembira apabila hasrat untuk bergelar pelakon sejak 2023 akhirnya tercapai dan berjanji akan melakukan yang terbaik dalam bidang tersebut.
“Saya memang mahu jadi pelakon sejak 2023 lagi disebabkan ketika itu sedang banyak masa terluang. Ketika itu saya banyak tengok drama dan filem. Daripada situ, saya anggap yang lakonan ini adalah perkara yang perlu saya ceburi.
“Selepas masuk industri, apa yang saya nampak ialah inilah kerjaya saya dan memang mahu teruskan lakonan ini. Saya sangat seronok dengan apa yang saya lakukan sekarang.
“Kalau ada yang kata saya laluan mudah masuk industri disebabkan rupa, saya pun tidak mahu respons apa. Ya, saya akui yang saya ada sedikit ‘rupa’ (untuk masuk industri),” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































