suria

“Dia selalu nampak gembira sahaja”... Ayie Floor 88 tak sangka Eric ada masalah kewangan, minta hutang segera bayar

VOKALIS kumpulan Floor 88, Ayie Ilham menuntut individu yang berhutang dengan sahabatnya Eric Fauzi sebanyak RM51,000 dapat menyelesaikan dengan kadar segera. 

Terkejut mengetahui perkara tersebut, Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 28, menjelaskan yang Eric sebelum ini memang tidak pernah berkongsi masalah itu kepada anggota Floor 88 lain.

“Saya tidak bertanya soal hutang itu kepada Eric sebab itu hal peribadi, masa berjumpa pun Eric nampak gembira saja mungkin tidak mahu kongsikan masalah itu.

“Eric ada bercerita yang ada orang berhutang dengannya dan apa yang kami boleh katakan hanya minta Eric kejar bayaran tertunggak itu.

“Kami pun baru tahu perkara ini sebab dia (Eric) tidak cerita, semoga si penghutang tu bayar la duit Eric,”katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Ayie bakal muncul dalam filem Duyung: Lagenda Aurora yang bakal ditayangkan pada 25 Disember nanti.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi