suria

Sharif Zero mengelak jumpa, Atu dah lama pendam perasaan... Dakwa duit antara punca perbalahan

PELAWAK Atu Zero meluahkan rasa kecewa dan mendakwa abangnya iaitu Sharif seolah-olah tidak berusaha memperbaiki hubungan mereka yang semakin renggang.

Menurut Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, 32, dia terkejut dengan tindakan abangnya yang didakwa mengelak daripada terus berhubung.

“Saya masih ada masalah dengan Sharif... Boleh lihat di sidang media ini, hanya kami berdua yang tunggu sehingga akhir, boleh nampak ada pihak cuba mengelak. Macam saya tidak mengelak untuk berjumpa kerana dalam kerja kita kena profesional.

“Masalah ini sudah lama berlaku malah lebih dua tahun lagi, kalau boleh lihat di semua media sosial pun dia (Sharif) unfollow saya. Saya ada usaha nak jernihkan keadaan, selalu doa malah mencari peluang untuk berbaik tapi dia senyap seribu bahasa,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Atu turut menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan abangnya dan berharap satu permohonan maaf dapat dibuat bagi meredakan kemelut yang berlaku.

“Sebagai adik saya boleh turunkan ego untuk selesaikan masalah ini tapi kalau boleh saya minta buat permohonan maaf untuk selesaikan kemelut ini,” luahnya.

Kumpulan  Zero dianggotai oleh tiga orang adik beradik iaitu Syaiful, Sharif dan Atu yang berasal dari Sabah.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Zero bakal muncul dalam filem Duyung Legenda Aurora yang akan ditayangkan pada 25 Disember nanti.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi