suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ali Puteh dah ‘move on’ tapi ada netizen masih ungkit isu lama dengan balu Abam... “Stop cari salah orang”

PELAWAK Ali Puteh terkilan apabila ada pihak dilihat kurang senang dengan perkongsiannya menyertai program Muzikal Lawak Superstar musim kelima baru-baru ini.

Menurut Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 36, individu berkenaan bukan sahaja menunjukkan rasa tidak puas hati, malah membangkitkan semula isu lama membabitkan dirinya dengan kakak ipar iaitu Hidayah.

Enggan memanjangkan cerita, Ali berharap isu berkenaan dapat dilupakan kerana perkara itu sudah lama diselesaikan.

“Ada seseorang menulis komen di TikTok saya... Dia kata bila tengok gambar saya ini macam teringat kisah dengan isteri arwah Abam.

“Saya balas komen itu dan meminta untuk berjumpa bukan untuk bergaduh, tapi untuk jelaskan apa yang masih terbuku di hati individu itu.

“Semua perkara dan masalah sudah diselesaikan dan sudah setahun lebih jadi harap individu itu boleh lupakan... semuanya sudah move on,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi