suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jarang bersama Projector Band, Angah bukan merajuk cuma perlu masa menyendiri

GARA-GARA dilihat tidak aktif bersama Projector Band, timbul dakwaan kononnya gitaris Projector Band iaitu Angah sudah keluar daripada kumpulan tersebut.

Mengulas perkara itu Angah atau Razif Zainuddin, 32, berkata dia masih lagi bersama Projector Band namun memilih untuk berehat seketika untuk aktif bersama kumpulan itu.

“Saya dengan Projector Band tidak bergaduh dan tidak pernah keluar kenyataan keluar daripada kumpulan itu, mungkin saya nak berehat seketika saja.

“Saya mungkin nak bawa diri sekejap sebab sudah lama dengan Projector Band jadi perlu masa untuk sendiri, tiada istilah merajuk atau lebihkan kumpulan Satu Band sebab dua-duanya kumpulan saya.

“Saya ada alasan tersendiri kenapa pilih untuk menjauhkan sikit dengan Projector Band dan itu biar saya saja yang tahu, tapi kepada anda semua jangan salah faham sebab saya masih lagi bersama mereka,”katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi