suria

Aprena Manrose kuatkan diri selepas cerai... Kerap hadir majlis ilmu, empat bulan solat tahajud

PELAKON Aprena Manrose memilih untuk lebih aktif menghadiri kelas keagamaan bagi pengisian rohaninya.

Menurut Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 32, langkah tersebut banyak membantunya membina semula kekuatan diri serta mencari ketenangan selepas berdepan episod kegagalan rumah tangga sebelum ini.

“Sebenarnya sebelum ni pun memang saya sudah aktif pergi kelas agama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tapi sekarang ni lebih nampak kerana saya kerap kongsi di media sosial.

“Sekarang ni makin banyak jemputan kelas agama dan orang makin nampak, salah satu cara untuk sembuh serta kuatkan iman sebab perempuan ni kalau tidak ada pengisian agama dengan baik mesti akan terleka atau terbuai dengan perasaan.

“Bila saya rasa down jadi akan kerap pergi kelas agama, lepas bercerai itu tipu kalau kata tidak terasa tapi selepas balik Mekah kemudian saya buat solat tahajud selama empat bulan dan kemudian  saya rasa kuat dan okay,” katanya kepada mStar selepas program agama Cahaya Hati 2.0

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi