suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahniah! Qi Razali bakal jadi babah, umum isteri hamil 5 bulan

PELAKON Qi Razali berkongsi berita gembira isterinya iaitu Wardah Hayati kini sedang hamil lima bulan.

Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, 48, memberitahu cahaya mata pertama mereka itu dijangka  dilahirkan pada Mac tahun depan.

“Tahun ini sangat baik buat saya kerana mendirikan rumah tangga dan menang anugerah pelakon terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) dan bakal menjadi bapa pula nanti.

“Sudah masuk lima bulan lebih dan ini merupakan kali pertama saya dedahkan sebab sebelum ini semua hanya teka-teka tapi saya tidak kongsikan.

“Kemungkinan akan melahirkan anak pertama ini pada penghujung Mac nanti, minta semua doakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Qi bersyukur kerana isterinya tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan anak pertama ini.

“Alhamdulilah keadaan isteri sangat baik tapi banyak penat sikit cuma ada la sikit-sikit isteri minta nak makan pancake dan minta pegang baju saya,” katanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi