suria

Ebby Yus baru keluar wad, ulang-alik hospital kerana tekanan darah rendah dan jangkitan kuman

PELAWAK dan pelakon Ebby Yus memaklumkan dia kerap keluar masuk wad sejak kebelakangan ini disebabkan masalah kesihatannya.

Menurut Ebby atau Ebby Yus Ramli, 59, dia juga baru sahaja dibenarkan pulang dari Hospital Kuala Lumpur kerana jangkitan kuman.

“Saya baru saja keluar hospital semalam... Saya ditahan selama seminggu kemudian keluar, lepas tu masuk balik wad tapi Alhamdulilah keadaan semakin baik.

“Dalam tahun ini hampir lima kali saya ditahan di wad sejak Ogos lalu, macam-macam masalah yang saya alami antaranya air terlalu banyak dan dah masuk ke dalam paru-paru, jangkitan kuman dan tekanan darah rendah.

“24 hari saya ditahan dan pernah juga pengsan di wad, kalau sebelum ini orang nak berborak pun saya tidak ada mood sebab sakit,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi