suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazwani Helmi ada kriteria calon isteri dicari Hariz Hamdan, akhlak dan peribadi sempurna

DILIHAT serasi bergandingan bersama Hazwani Helmi, ramai peminat mendoakan agar pelakon Hariz Hamdan disatukan dengan pendakwah selebriti berkenaan.

Mengulas perkara itu, Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 23, mengakui Hazwani ada ciri-ciri wanita dicari dan tidak menolak sekiranya mereka berjodohan.

“Sebelum ini banyak juga orang mahu lihat kami bersama tapi kami hanya rakan sekerja saja tidak lebih daripada itu, saya tidak salahkan peminat sebab mungkin mereka minat bila lihat gandingan kami sebelum ini menjadi. 

“Jodoh itu ketentuan Allah jadi siapa saya untuk menentukan jodoh dan siapa orang lain tentukan jodoh Hazwani? Boleh saja kalau kita nak doakan yang baik-baik sebab apa-apa pun tuhan yang tentukan.

"Secara jujurnya Hazwani memang ada ciri-ciri wanita idaman saya dan seorang yang sangat menepati kriteria untuk menjadi seorang isteri. Tetapi saya percaya ramai juga beranggapan begitu, sifat peribadinya sempurna dan saya suka akhlaknya,” katanya kepada mStar. 

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi