suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak ‘over’ tunjuk bahagia, Adlin Aman Ramlie dan Emelda Rosmila selesa privasi hal rumah tangga

BAGI menjaga keharmonian rumah tangga, pasangan selebriti Adlin Aman Ramlie dan Emelda Rosmila memilih menjalani kehidupan secara sederhana.

Menurut Adlin, 53, dia dan isteri sepakat untuk tidak berkongsi kisah peribadi di media sosial.

“Kunci kebahagiaan saya adalah selalu mengutamakan isteri dalam apa jua sekali pun, sama ada betul atau tidak pastikan utamakan isteri dulu.

“Kena percaya pada isteri dan serahkan segalanya padanya walaupun tahu bukan mudah kan, lagipun saya ni jenis orang yang privasi jadi tidak semua perkara akan dikongsikan di media sosial.

“Semua orang tidak perlu tahu mengenai kehidupan peribadi kecuali soal kerja saja, kami lebih selesa hidup bersederhana macam ini tak perlu tayang kebahagiaan cukup kami saja yang tahu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi