suria

[V] “Lebam dipukul atau kesan daripada orang yang tahan dipukul” - Kamal Adli beri bayangan jadi mangsa dera, dakwa ada parut kekal di badan

PELAKON Kamal Adli tampil memberi penjelasan berhubung foto ditunjukkan isterinya Uqasha Senrose yang didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Dakwa Kamal, 39, imej tersebut merupakan gambar lama yang diulang semula.

“Benda itulah gambar dia tunjuk beberapa tahun lepas. Dia ulang benda sama. Foto itulah dia tunjuk kat mak dan bapa saya,” katanya ketika ditemui mStar selepas prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis.

Kamal menafikan dakwaan Uqasha. 

Menurut Kamal, dia meminta supaya gambar tersebut diberikan kepada unit forensik untuk mengesahkan perkara sebenar. 

“Gambar itu cuba pergi tunjuk dekat forensik, lebam itu sebab kena pukul ataupun lebam daripada orang yang tahan dipukul? Itu saya nak tahu,” ujarnya. 

Dalam masa sama, Kamal turut memberi bayangan yang dia juga kena perkara sama seperti yang didakwa isterinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Demi Allah, saya berani junjung al-Quran, saya tak pernah memukul dia” - Kamal Adli dah agak ‘permainan’ fitnah Uqasha Senrose 

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah nasihat Kamal Adli lafaz talak, Uqasha Senrose dedah pernah dikasari, dipukul dan pergaduhan tidak berhenti

“Saya pun ada gambar-gambar bukti semua itu. Ada kesan kekal di  badan yang saya tak boleh buang dah. 

“Saya tak takut dengan laporan polis sebab saya memang tidak pukul. Saya dah agak dah benda ini,” katanya. 

Kamal cuba mempertahankan rumah tangga. 

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain