suria

[V] Uqasha Senrose dakwa Kamal Adli tak sediakan nafkah diri dan anak… “Netizen kata dia kerja untuk saya, walhal tak! Saya cari duit sendiri”

PELAKON Uqasha Senrose mendedahkan suaminya iaitu aktor Kamal Adli didakwa gagal menjalankan tanggungjawab memberi nafkah sepanjang perkahwinan mereka.

Jelas Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dia terpaksa bekerja keras dan mengurus keperluan keluarga menggunakan wang sendiri kerana tidak menerima nafkah seperti isteri lain.

“Saya tahu macam mana culasnya dia tentang nafkah. Dia tak bagi saya nafkah.

Uqasha dakwa Kamal gagal jalankan tanggungjawab. 

“Itu saya tak sentuh lagi. Kau orang kata kononnya dia kerja. Netizen kata kerja nak cari nafkah untuk kau.

“Tak! Saya kerja dan cari duit sendiri,” katanya kepada mStar. 

Uqasha memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas laporan JKP di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis. 

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose dakwa ada bukti video dan gambar jadi mangsa dera Kamal Adli, empat laporan polis pernah dibuat… “Mengandung pun dia boleh pukul saya” 

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah nasihat Kamal Adli lafaz talak, Uqasha Senrose dedah pernah dikasari, dipukul dan pergaduhan tidak berhenti

Menurut Uqasha, segala keperluan anak mereka iaitu Hawra Uqaira turut ditanggungnya sehingga kini tanpa bantuan kewangan daripada suami.

“Saya besarkan Uqaira. Saya beli baju Uqaira sampailah Uqaira besar.

“Pampers, susu, semua saya. Walaupun sewa rumah, saya yang beli semua benda itu,” jelasnya lagi.

Uqasha juga juga dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga. 

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain