BERDEPAN kecaman dan hinaan kerana memiliki tubuh badan berisi, pelakon Alya Iman berharap mentaliti lapuk yang menetapkan heroin perlu bertubuh kecil dapat diubah.
Menurut Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 24, persepsi tersebut masih wujud dalam industri seni tempatan sedangkan di luar negara, saiz tubuh bukan penghalang untuk seseorang pelakon memegang watak utama.
“Ada sahaja orang industri yang tegur heroin ini tidak boleh gemuk. Mestilah ada terasa sebab kita manusia kan. Ada perasaan. Bagi saya, mungkin mereka kena tegur dengan cara yang lebih baik.
“Itu semua adalah mentaliti kita (orang Malaysia). Kalau dekat luar, banyak sahaja heroin yang cantik tetapi dia tidak kurus. Pendapat saya, mentaliti ini kena ubah,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































