BEKAS pemain dram Caliph Busker, Fendy Adlun memberitahu anak perempuannya Nurazalea Zafirah kini tidak lagi menetap bersamanya sebaliknya telah berpindah ke Sarawak mengikut ibunya Nadira.
Meskipun berat hati melepaskan anak kesayangan, Fendi, 34, berkata keputusan tersebut dibuat demi kebaikan serta masa depan anak perempuannya yang semakin meningkat usia.
“Permintaan daripada bekas isteri untuk mengambil anak untuk bawah jagaan dia pula, bila fikirkan balik saya sudah jaga daripada kecil jadi sudah tiba masa untuk saya berikan pelepasan kepada ibunya pula.
“Anak saya akan pulang ke Sarawak dan sekolah di sana, sebelum buat keputusan saya memang ada berbincang dengan bekas isteri maka disebabkan anak perempuan jadi lebih elok untuk ibunya yang jaga pula.
“Berat sebenarnya nak lepaskan sebab saya memang dengan dia berdua saja kan jadi menangis juga la semalam bila ibu dia datang bawa balik tu… saya mungkin lepas ni agak susah nak jumpa mungkin waktu cuti sekolah kalau ada peluang,”katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































