suria

Pengorbanan berlakon cerita aksi... Noki K-Clique minum air darah sendiri gara-gara bibir koyak, jari hampir patah

PENYANYI dan pelakon Noki K-Clique mengakui dia tidak pernah serik untuk berlakon terutamanya dalam babak aksi walaupun pernah berdepan kecederaan hampir patah pada jarinya. 

Menurut Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 32, setiap risiko yang dihadapi adalah sebahagian daripada komitmen dan tanggungjawab sebagai seorang pelakon.

“Saya cedera pada tangan dan jari kiri hampir patah, bibir saya terkoyak ketika melakonkan babak berlawan dengan pelakon Korea. Waktu itu tangan pelakon itu terkena muka saya jadi bibir berdarah menitik-nitik tapi tetap teruskan berlakon.

“Rehat hanya 10 minit kemudian sambung balik berlakon, saya telan air darah sendiri ketika itu. Pengalaman yang belum pernah saya lalui. Sebelum ini berlakon pun hanya lebam pada badan sahaja.

“Saya tidak trauma dengan kejadian itu tapi jujur cakap kalau boleh saya mahukan lagi berlakon aksi bergaduh macam itu lagi sebab motif saya berlakon memang nak jadi pelakon aksi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi