suria

Dikecam tanya Fauzi Nawawi babak panas... Shuk Sahar mohon maaf, janji akan lebih berhati-hati - “Saya tiada niat apa-apa pun”

Shuk (kiri) dan Fauzi merupakan tetamu jemputan dalam program berkenaan.

SUSULAN nama terpalit dengan isu rogol dalam temubual melibatkan pelakon Fauzi Nawawi, pengacara program itu iaitu Shuk Sahar memilih untuk mengunci mulut bagi mengelakkan perkara berkenaan berpanjangan.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia tidak berniat melarikan diri daripada masalah itu, sebaliknya enggan tersalah cakap yang hanya mengeruhkan keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen terkejut Fauzi Nawawi tergamak cerita babak panas malukan Raja Farah - “Maaf... salah saya bersembang tak control, terlepas cakap”

"Kalau boleh saya tak nak mengulas isu ini lebih lanjut. Bukan sebab saya nak larikan diri tapi apa yang berlaku ini melibatkan ramai pihak... bukan saya seorang sahaja.

shuk 2

Shuk tidak mengulas lanjut kerana isu ini membabitkan banyak pihak.

"Saya risau juga kalau saya tersalah cakap atau bercakap lebih mengenai isu tersebut, ia akan beri kesan kepada pihak lain," kata Shuk kepada mStar.

Pada Rabu, Fauzi Nawawi dikecam netizen apabila menceritakan pengalaman melakonkan watak seorang perogol bersama aktres Raja Farah dalam sebuah filem menerusi sebuah program baru-baru ini.

Tidak mahu perkara itu berpanjangan, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 48, membuat permohonan maaf terbuka kepada Raja Farah dan suami serta keluarga yang terkesan dengan hal berkenaan.

InsyaAllah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap kandungan program dan percakapan!

SHUK SAHAR

PELAWAK

Bukan sahaja Fauzi, Shuk turut dikecam disebabkan netizen mendakwa dia menjadi punca pelakon itu tampil berkongsi babak rogol yang dilakonkannya.

Pertanyaan Shuk yang meminta Fauzi memperincikan babak rogol tersebut menimbulkan kemarahan netizen yang kini tidak mahu lagi menyokong karier pelawak itu.

shuk 3

Fauzi Nawawi sudah buat permohonan maaf di atas keterlanjuran katanya dalam program itu.

Dalam pada itu, pelawak berusia 35 tahun ini memohon maaf kepada semua pihak yang tergores hati selepas menonton rakaman tersebut dan dia turut berjanji akan lebih berhati-hati dalam setiap percakapan di masa akan datang.

"Tapi bagi pihak saya sendiri, dengan rasa rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pihak yang tergores hati selepas menonton program tersebut. Saya tiada niat apa-apa pun.

"Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap kandungan program dan percakapan. Saya harap semua orang boleh mendoakan agar semua perkara akan menjadi lebih baik," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain