suria

[VIDEO] Netizen terkejut Fauzi Nawawi tergamak cerita babak panas malukan Raja Farah - “Maaf... salah saya bersembang tak control, terlepas cakap”

Fauzi Nawawi mohon maaf kepada Raja Farah.

GARA-GARA perkongsian pengalaman melakonkan watak seorang perogol bersama aktres Raja Farah dalam sebuah filem pelakon Fauzi Nawawi menerima kritikan netizen.

Lebih menambah kemarahan ramai apabila Fauzi dilihat begitu bersungguh-sungguh menerangkan dengan terperinci situasi di set penggambaran menerusi satu program bual bicara yang ditayangkan secara terbuka di televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana hilang followers Instagram, terlepas ‘job’ gara-gara difitnah lima sekawan

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada ‘plan’ umum kehamilan, Neelofa biar peminat nilai sendiri - “Kalau nampak saya berbeza tu... berbezalah”

Tidak mahu perkara itu berpanjangan, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 48, membuat permohonan maaf terbuka kepada Raja Farah dan suami serta keluarga yang terkesan dengan hal berkenaan.

Menurut Fauzi dia terlepas cakap ketika sesi berkongsi pengalaman itu, namun tidak berniat membuka aib mana-mana pihak.

“Saya mohon maaf kepada semua yang terkesan dengan video yang tersebar di laman sosial itu khususnya Raja Farah dan suami serta keluarga.

“Maaf kerana lambat respons sebab saya baru balik shooting. Saya terima caci maki netizen dengan lapang dada dan tenang.

“Saya benar-benar tiada niat untuk memalukan Raja Farah, saya tak mahu perkara ini dipanjangkan lagi,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai program berkenaan, Fauzi berkata ia dirakam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Saya sangat terkesan seperti dibuka aib dan rasa tidak dihormati.

RAJA FARAH

PELAKON

Dia mengakui ada bercakap tentang pengalaman mengenai watak yang sinonim dengan wajahnya dan mengakui terlepas cakap tentang perkara memalukan itu kepada umum.

Tambahnya, menyedari perkongsian dibuat terlalu sensitif, suami kepada pelakon Lisdawati ini memberitahu sudah meminta pihak produksi membuat tapisan sebelum ditayangkan.

“Memang salah saya bersembang tak control cakap, terlepas cakap... Mereka (pengacara) tanya watak-watak yang sinonim dengan saya. Habis rakaman saya sedar ada yang tidak patut diberitahu.

“Tapi program itu sudah tayang dua kali. Salah saya, saya jahil dan sedang perbaiki diri saya jadi lebih baik,” ujarnya.

fauzi2

Video Fauzi Nawawi dalam sebuah program tular di laman Twitter.

Terdahulu pada malam Selasa, kecoh tentang kenyataan Fauzi Nawawi yang berkongsi mengenai wataknya dalam sebuah filem yang memerlukan dia merogol aktress Raja Farah.

Menerusi perbualan bersama hos iaitu Khir Rahman dan Shuk Sahar, Fauzi mengakui terpaksa mengawal nafsu ketika melihat Raja Farah.

Rata-rata netizen marah dan menganggap perkara itu sebagai membuka aib serta tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum.

Sementara itu, Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 33, meluahkan rasa kecewa dan terkesan dengan perkongsian yang dibuat Fauzi.

Pelakon filem Aku Masih Dara ini menganggap perkara itu tidak menghormati dirinya sebagai seorang wanita.

“Saya sangat terkesan seperti dibuka aib dan rasa tidak dihormati. Sebagai seorang isteri yang ada suami saya minta pendapat dia. Ini sebab utama saya buat video ini.

“Saya harap tiada balas membalas, jangan burukkan keadaan. Saya minta pihak yang berkata-kata itu ucapan maaf kalau tidak secara terbuka pun tidak apa.

“Kita faham normal orang buat kesalahan, saya harap benda ini boleh selesai di sini,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain