suria

Adik Sajat tiba-tiba ‘meletup’, Mustika luah perasaan terbeban masalah abang sendiri

Mustika (kanan) akui mula rimas dan tertekan dengan kontroversi membabitkan Sajat (kiri).

SETELAH sekian lama memendam perasaan tentang kontroversi membabitkan usahawan sensasi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat, adiknya Nur Mustika akhirnya tampil meluahkan apa yang terbuku di hati.

Ujar Mustika, dia begitu terbeban dengan masalah yang dicetuskan abangnya yang kini dilihat sedang menikmati saat bahagia setelah didakwa berjaya melarikan diri ke Austalia.

"Aku tak ada kena mengena dengan perbuatan Sajat. Dia tak peduli sesiapa, jadi buat apa aku nak peduli setiap tindakan dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Mana Sajat? Adik perempuan akhirnya berterus-terang, keluarga sendiri pun tak tahu - “Kasihan anak-anak dia”

"Tapi dugaan bukan kecil apabila aku sebagai perempuan kena tanggung perbuatan dia selama ni.

TONTON VIDEO LUAHAN MUSTIKA!

"Dia tinggalkan nama buruk dan tanpa diberi pilihan aku kene tanggung," katanya menerusi mesej yang dikongsikan kepada mStar pada Selasa.

Luahan berkenaan dibuat sehari selepas mStar melaporkan tentang berita yang mendakwa Sajat kini berada di Australia selepas berjaya melarikan diri dari Thailand.

Difahamkan kemarahan Mustika terhadap Sajat turut berpunca daripada sikap netizen yang bertindak 'menyerang' platform media sosialnya dengan pelbagai hinaan dan tohmahan.

Reputasi busuk dan dia tak penah nak minta maaf pada aku Malah dia hina aku sebab terangkan kat media.

MUSTIKA

ADIK SAJAT

Bukan itu sahaja, Mustika turut kesal apabila ada segelintir media dan blog tersalah menggunakan fotonya bagi mengiringi berita berkaitan Sajat.

"Kesiannya netizen dpt maklumat salah. Kalau mana yang tak tahu ini gambar Mustika dan bukan gambar Sajat... dah tentu ramai datang Instagram ni serang," tulisnya pada kapsyen bersama posting tangkap layar daripada sebuah portal berita.

Kata Mustika lagi, reputasinya sebagai influencer juga terjejas dengan kontroversi Sajat.

IKA

Mustika pernah berkongsi cerita kepada mStar dalam pertemuan pada September lalu.

"Reputasi busuk dan dia tak penah nak minta maaf pada aku. Malah dia hina aku sebab aku terangkan kat media hari tu walaupun dia tahu aku tak burukkan dia langsung.

"Banyaknya pengalaman sejak kes Sajat ni. Media pusing semua benda janji dapat story demi content. Apa jadi dengan hidup seseorang tu pun mereka tak peduli," katanya.

Sementara itu menurut Mustika, paling mengecewakan apabila kontroversi membabitkan Sajat turut menjejaskan anaknya.

"Aku ni seorang ibu, ada anak kandung. Kesan-kesan negatif boleh timpa anak aku. Macam mana dia nak ke sekolah?

"Kuatkah dia apabila orang cakap atau perli dia atas perbuatan pakcik dia? Semoga Allah sentiasa kuatkan hati ini dalam setiap dugaan diberiNYA," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain