suria

Mana Sajat? Adik perempuan akhirnya berterus-terang, keluarga sendiri pun tak tahu - “Kasihan anak-anak dia”

SEPERTI mana yang kita semua sedia maklum, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat masih belum ditemui pihak berkuasa walaupun dilihat aktif memuat naik gambar di Instagram.

Namun ketika orang ramai tertanya-tanya di mana dia berada, adik perempuannya yang dikenali sebagai Mustika mencuri perhatian netizen dengan video parodi menggunakan audio Sajat tular di aplikasi TikTok.

Menurut Nur Mustika Kamaruzzaman, 33, dia sebenarnya penat melayan pertanyaan netizen yang sangsi dengan jantinanya.

”Memang penat nak jawab soalan macam ni, sejak Sajat famous yang paling terkesan nak menjawab soalan itu adalah saya sebab muka kami serupa.

“Orang sampai tak tahu yang Sajat ada adik-beradik lain sebab muka mereka tak sama macam saya, ” ujarnya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu ketika ditanya mengenai kedudukan abangnya yang masih menjadi tanda tanya, Mustika mengakui dia sendiri buntu mengenai hal berkenaan.

“Saya tak tahu fasal Sajat dan kalau boleh tak nak ambil tahu, bukan sebab tak kisah pasal dia... tetapi saya ada kehidupan saya sendiri.

“Apa yang dia tengah lalui itu terlalu besar, mungkin hanya dia sahaja yang boleh selesaikan, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi