suria

Ini cara Fezrul Khan buat ‘total lockdown’, bawa diri duduk dalam hutan - “Selamat sikit, jauh daripada virus”

ENGGAN mensia-siakan masa terluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, pelakon Fezrul Khan berkata dia mengusahakan kebun miliknya yang terletak di Jempol, Negeri Sembilan.

Bercucuk tanam di atas kebun berkeluasan dua ekar itu, Fezrul mengakui seronok dan berasa tenang kerana dapat kembali kepada alam dan melupakan sebentar hal berkaitan kerja.

"Sebenarnya saya dah usahakan kebun ini sejak lapan bulan lalu, tapi semasa itu ulang alik dari Kuala Lumpur. Selepas kerajaan umumkan PKP saya ambil keputusan untuk tinggal di sini terus dan buat aktiviti bercucuk tanam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan gelakkan orang tengah susah... wabak tak kenal miskin atau kaya dan pekerjaan” - Lagi artis tegur netizen tak sensitif

"Selamat sikit dekat sini, jauh dari virus sebab dalam hutan! Ada la juga aktiviti saya daripada tak ada apa-apa... seronok dekat sini, tak serabut!

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya tanam pokok kelapa, pokok pisang, pokok betik... sebelum ini saya ada ambil kursus dengan jabatan pertanian, saya mula tanam pokok cili semasa awal PKP tahun lalu," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Fezrul Khan, berkebun, PKP, aktiviti pkp,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi