suria

Wow! Tak sangka sampah BTS Meal jadi lukisan ‘classy’, Faiz Dickie nak lelong! - “Lebih baik saya upcycle jadi artwork”

SIAPA sangka bungkusan makanan yang dianggap sebagai ‘sampah’ selepas digunakan mampu berubah wajah menjadi satu satu lukisan yang cantik dan menarik perhatian orang ramai.

Malah dalam masa yang sama ia juga mengajar kita untuk gunakan kreativiti masing-masing selain menerapkan amalan kitar semula.

Menurut Faiz atau nama sebenarnya Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 33, dia tidak menyangka lukisannya menggunakan pembungkus makanan segera yang menjadi fenomena dalam peminat kumpulan Kpop iaitu BTS menarik perhatian ramai.

Siapa sangka, pembungkus kertas dan penutup sos bagi hidangan BTS Meal kini berubah menjadi karya seni yang unik.

“Saya pun baru berjinak-jinak dalam bidang painting ni, jadi mengapa tidak saya buat lukisan sebagai tribute dan sokongan kepada BTS.

“Sebab saya tengok di media sosial kebanyakan orang buang bungkusan makanan tu selepas dah habis makan, apa kata kita kita semula dan hasilkan sesuatu yang istimewa ” ujarnya kepada mStar.

Ujar selebriti media sosial itu lagi, pada mulanya dia sekadar mahu berkongsi hasil lukisannya itu dengan pengikutnya di Instagram, tetapi ramai pula yang berminat untuk membeli artwork BTS tersebut.

“Video pertama yang saya post semalam tu memang tak sebut pun nak jual, cuma nak berkongsi hasil lukisan dengan followers.

“Tapi ramai yang komen bertanya sama ada saya nak jual atau tidak, ” katanya sambil menambah dia akan membuat sesi penjualan secara bidaan di media sosialnya pada pukul 9 malam, Selasa.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi