suria

“Budaya orang Korea pandai dalami, budaya sendiri tak boleh?” - Ngek Tsai influencer Sarawak kecewa sikap Ryzal Duriankimchi

SELEBRITI media sosial Ngek Tsai menyelar perbuatan dan tindakan Ryzal Ibrahim memperseda pakaian tradisional Ngepan Iban dari suku kaum Iban.

Selebriti media sosial Ngek Tsai atau nama sebenar Zameen Saini, 36, yang berasal dari Sarawak turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Ryzal menyamakan pakai berkenaan seperti kain buruk.

"Saya rasa bukan suku kaum Iban sahaja yang terkesan dengan isu ini, malah satu Malaysia.

"Benda yang Ryzal ni buat adalah salah dan memang tidak patut dilakukan sebab dia tinggal dalam negara yang penuh dengan kepelbagaian budaya.

"Sepatutnya dia kena cakna dan peka dengan isu-isu macam ni dan bukannya mempersendakan pakaian tradisional etnik lain. Tiada common sense!

"Dia kena ingat media sosial lah yang mengangkat nama dia sebagai public figure dan dengan sekelip mata media sosial juga boleh jatuhkan dia," ujarnya kepad mStar.

Dalam masa yang sama, Ngek Tsai turun berpesan kepada golongan influencer dan selebriti untuk tidak menyentuh isu-isu sebegini untuk dijadikan content.

"Kepada rakyat Malaysia, kita jadikan kontroversi ini sebagai pengajaran dan iktibar agar tidak menggunakan isu-isu begini untuk dijadikan content bagi meraih tontonan penonton," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi