suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kek batik paling tak sedap aku pernah rasa” - Resipi Fazley Yaakob kena kutuk, siap guna perkataan biadab

CEF selebriti Datuk Fazley Yaakob menerima kecaman secara terbuka apabila resipi kek batiknya dikatakan tidak sedap.

Bagaimanapun Fazley tidak melatah dengan kritikan itu sebaliknya dia melihat ia daripada sudut yang lebih luas dan positif.

“Saya tak rasa yang orang tu mengeji, mungkin orang itu hanya nak berkongsi pendapat.

“Saya masih bersangka baik, dan masih sokong dia, ” katanya kepada mStar.

Isu ini tercetus selepas Fazley berkongsi tangkap layar daripada Twitter individu bernama Fazley Jalal yang juga seorang influncer berkaitan makanan.

Ujar Fazley, dia tidak kisah sekiranya makanannya dikritik oleh pembeli, namun merasakan rakan selebriti media sosial sewajarnya menggunakan saluran yang betul.

“Saya okay je bila orang komen, sebagai tukang masak kita terima pujian dan kritikan dan hinaan sebab kita tak boleh puaskan hati semua orang.

“Tapi kalau orang yang daripada bidang dan industri sama mahu menegur, buatlah dengan beradab dan berhemah... bukan kutukan sehingga mengganggu periuk nasi, ” katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi